12 Disember 2013 - 20:30
Islam tidak bertanggung jawab perbuatan Takfiri

Mufti Ahli Sunnah Lubnan mengecam aktiviti keganasan golongan Takfiri/Wahabi yang memperalatkan agama, di negara-negara Islam. Beliau menegaskan, "Islam tidak bertanggung jawab dengan tindakan dan amalan golongan takfiri."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam wawancara bersama akhbar al-Safir Lubnan, Syeikh Muhammad Rashid al-Qabbani mengingatkan umat Islam terhadap bahaya yang dicetuskan golongan Takfiri atau lebih dikenali sebagai Wahhabi.

Menyentuh tentang perkembangan terkini di kota yang dihuni penduduk Kristian, Ma'loula, Syria, beliau berkata, "Serangan terhadap golongan agama Kristian dan gereja bertentangan dengan ajaran agama Islam.

""Para penculik biarawati kota ini hendaklah segera membebaskan mereka, ini disebabkan tindakan anti gereja ini bertentangan dengan peristiwa sejarah permulaan Islam yang melarang sebarang serangan terhadap orang Kristian."

Beliau turut meminta semua pemimpin negara-negara Arab dan Islam bangkit mendesak pembebasan biarawati-biarawati Kristian yang telah diculik.